Tuesday, 13 December 2011

ORANG YANG MENCINTAI KAMU


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.

3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Selamat Pagi', 'Selamat Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.


5. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

No comments:

Post a Comment