:.KARANGAN UPSR TERBAIK
2007.:
haha ^^
Pagi itu pagi minggu. Cuaca
cukup sejuk sehingga mencapai
takat suhu beku. Sebab itu
saya tidak mandi pagi sebab air
kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku
di dalam batang paip. Pagi itu
saya bersarapan dengan
keluarga di dalam unggun api
kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya
ke pasar. Tetapi saya tidak
mahu.
Selepas emak menikam perut
saya berkali-kali dengan garfu
barulah saya bersetuju untuk
mengikutnya. Kami berjalan
sejauh 120 kilometer kerana
pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar
saya ternampak sebuah lori
kontena meluru dengan laju
dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke
dalam gaung. Dia menjerit
“Adoi!”. Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya
kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun
memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami
pula terpaksa mengejar
dengan lebih laju iaitu sama
dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan
lori itu. Lori itu terbabas dan
melanggar pembahagi jalan
lalu bertembung dengan
sebuah feri. Feri itu terbelah
dua.
Penumpang feri itu yang
seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar
menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam
lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia
pun terus menyewa sebuah
helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat
kemalangan.. Dia melanggar
pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu lori itu tidak dapat
menjawab sebab emak saya
cakap orang putih. Lalu
pemandu lori itu mati. Tidak
lama kemudian kereta polis
pun sampai. Dia membuat
laporan ke ibu pejabatnya
tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat
polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah
terjadi. Polis yang bertugas
cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai
terperanjat dan semuanya
mati. Pemandu feri itu terkejut
dan terus bertukar menjadi
pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya.
Pemandu feri itu pecah.
Pemandu lori sangat takut
melihat kejadian itu. Dia
meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin
bersalam. Tetapi emak saya
masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya
dan mengerat tangan pemandu
lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu
menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke
bumi. Emak saya menghantar
helikopter itu ke Genting
Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu
dengan beg tangannya sambil
memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris.
Selepas itu emak saya
mengajak saya ke pasar untuk
mengelak lebih ramai lagi yang
akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual
daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar
cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik
saja sampai di rumah kami pun
mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya
lihat sebelum saya mati.
No comments:
Post a Comment